Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

okay, best giler malam tadi lepak dengan korang. da lama kot tak kuar dengan korang. last kita kuar bulan6 time cuti tukan. kita tak plan pon nak kuar sesama kan reen? haha. mulamula reen cuma nak kuar ngan mamat berdua je kan sebab nak celebrate birthday dye. tiba tiba reen ajak biela ikut sekali. mulamula tu memang la taknak sebab taknak ganggu korang tapi reen paksa biela ikut jugak. kita taktau nak celebrate birthday dye kat mane kan, masingmasing pening dengan transport takde. haish, macammacam lah. lastlast celebrate kat mcd je. nasib baik papa reen ade, bole hantar dan amik balik. nasib baik reen ajak majid, atleast biela ade kawan. takde la nanti biela tercongok sorangsorang kan. haha. yang penting korang kelakar. sikitsikit gaduh. pasal benda kecik pon boleh buat gaduh. kalau yang sorang touching yang sorang tu ketawaketawa. bila da ok lepastu gaduh balik. biela dengan majid berdekak jekan tengok gelagat korang. lepastu reen makan dahlaa banyak, dari datang sampai la balik tak hentihenti makan. haha. lepas satu makanan habis beli lagi makanan lain. tak kenyangkenyang budak ni. badan tu tetap kurus jugak. haha. padahal kita pergi mcd tu baru lepas buka puasa kot. takpe la bukannya selalukan. haha. tapi takde gamba la nak tunjuk kat korang sebab da syok sangat sampai lupa nak ambil gamba. haha. ILOVEYOU korang :)

credit to hazreen, majid pelat, mamat.
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________

Thursday, August 11, 2011


i feel sad and lonely. i miss you a lot. i've been thinking about you all the time. i missing you like crazy. i simply can't stop thinking for special times we had. each moment lasts an hour and each hour lasts a day, just because you went away. i can not stand this. it is just too hard to be away from you. i carry you with me through all my days and i miss you more than i can say. remember this - i still love you no less than if you were right here now :)

__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________

Sunday, August 07, 2011

patah hati memang teramatlah sakit. lebih lebih lagi kalau itu merupakan 'first love' kita. menangis sampai bengkak mata pun tak ada gunanya lagi. kita patut menerimanya sebagai putaran hidup dan lumrah dalam bercinta, ada suka dan dukanya. memang kehilangan seseorang yang kita sayang teramat sakit tapi kalau kehilangan itu mendatangkan kebaikan, terimalah ia daripada hati yang terbuka dan dari sudut yang positif. untuk tidak merasakan kehilangan itu, banyak benda yang boleh kita lakukan, boleh hangout dengan kengkawan ataupun family, sesi luahan perasaan melalui cerpen, puisi atau lagu juga antara jalan yang berkesan untuk meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan salah satu yang penting adalah kita boleh lebih fokus terhadap pelajaran. cukuplah seharian menangis sebab lelaki, kita mesti bangkit daripada patah hati.



putus juga tak bermakna pretasi kita akan menurun. buktinya, kita tengok sajalah siapa taylor swift sekarang ni. dye meluahkan perasaan melalui lagu yang dihasilkannya. lagu lagu yang dihasilkan bukan saja kreatif tetapi turut mendapat sambutan. semua orang suka hasil karyanya. kalau macam tu kita jadilah macam taylor swift, luahkan perasaan melalui lagu dan ini semua daripada pengalaman aku sendiri :)

__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________

Saturday, August 06, 2011


setiap manusia diciptakan berbeza dan orang yang paling mengenali kita ialah diri kita sendiri tetapi orang lain yang berada di sekeliling kita adalah cermin terbaik dapat melihat keadaan diri kita yang sebenar. apapun setiap orang punya alasan untuk berbeza sikap. namun, setiap orang juga sebenarnya memiliki banyak alasan untuk saling memahami akan perbezaan tersebut. tak perlu sombong atau berlagak manjadi manusia. tak kiralah kita ni cantik atau hansome, bijak dan cukup popular di sekolah atau di mana sahaja kerana pada suatu saat nanti, kita semua akan kembali kepadanya. jadi, sebab itu lah, apapun yang kita miliki hari ini adalah sekadar anugerah tuhan bukan kerana kehebatan diri kita. jadi berhenti la perasan menjadi seorang yang serba hebat. seseorang itu dapat dilihat dari hati, perilaku, tutur katanya serta kedewasaannnya tetapi zaman sekarang ni rasanya ramai yang bertopengkan wajah menawan tapi kelakuan., tutur kata dan juga hatinya... kita semua ni hanyalah manusia biasa, mesti memiliki kekurangan, kelemahan dan kesalahan. jadi stop acting berasa akulah yang paling hebat. sedarlah sikit siapa diri kita dan siapa orang lain kerana kita semua masih di dunia yang sama dan sama sama berstatus just a human being.




entry ni saja saja je. untuk pangajaran diri kita semua. tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. pada sapesape yang terasa im sorry :)

__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________

Tuesday, August 02, 2011

rasanya tak ramai yang tahu bila hari sahabatkan? sini aku bagi tahu korang, hari sahabat jatuh pada ogos1 sebenarnya :)


sahabat antara orang yang paling penting dalam hidup kita dan boleh diibaratkan sebagai cermin kerana sahabat adalah tempat terbaik untuk kita merefleksikan diri kita sendiri. melalui sahabat juga kita boleh mengenal diri kita sendiri, baik dan buruk serta mampu membuatkan kita bahagia. sahabat juga turut memberikan kita motivasi hidup. tapi kita mesti pandai pilih dan bezakan mana satu sahabat yang baik dan mana satu sahabat yang tak baik sebab kalau kita tersalah pilih kita akan tersesat jalan. semua orang dalam dunia ni mesti mempunyai sahabat walaupun seorang, tak kira lah sahabat biasa atau sahabat baik. hidup kita mesti akan terasa sunyi kalau tidak punyai sahabat kan? so hargai la dan sayangi sahabat kita. jangan la kita kecewa kan mereka :)

__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________