kawan ada banyak jenis
bukan senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga nak jadi kawan yang baik. kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. betul tak ? ungkapan sebegitu pasti pernah dengarkan ? mempunyai kawan baru cukup mudah tetapi mempertahankan persahabatan yang sudah lama terbina adalah salah satu tugas paling berat yang harus kita hadapi.
ada 7 perkara seorang kawan yang baik tidak akan lakukan kepada kita. begitu juga dengan kita :)
1) cakap belakang
tak kira lelaki ataupun perempuan, duadua suka bergosip kan? kalau gosip benda yang baik, no hal lah. tapi kalau bergosip yang berkaitan dengan kawan dan rahsianya, memang tak baguslah kan. setiap 'grup' atau geng mesti ada yang 'tukang gosip'. dia ni tak ubah macam 'google map'. langsung tak boleh simpan rahsia walaupun nampak baik, jujur dan bersungguh sungguh untuk menyimpannya. namun, hakikatnya ? penipu besar. dont let yourself became that person okay.
2) being self centered
jika tujuan kita untuk mempunyai persahabatan sejati dan bertahan lama, kita harus bersedia untuk menyatakan dan mendengarnya. mengambil berat adalah sesuatu yang tidak boleh kita permain kerana boleh merosakkan persahabatan. tak ada siapa yang mahu berkawan dengan orang yang tak ada hati dan perasaan ini. tentu kita terkejut bila menyedari bahawa kawan yang selama ni kita fikir 'always asked how are things' ternyata langsung tidak kisah dengan keadaan kita. bukan itu sahaja, segala apa yang kita ceritakan, luahkan atau apa apa sahaja sebenarnya hanya masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kirinya sahaja. buat penat je berkongsi cerita.
3) sukar diramal
kawan sepanjang hayat tak ubah seperti 'husband' dan 'wife'. ala ala mempunyai perjanjian yang tidak bertulis, selalu ada waktu untuk bersama-'for better or worse', 'in sickness and in health', biar apapun keadaan kewangan kita berdua, kawan yang boleh kita hubungi siang atau malam dan selalu hadir di saat kita perlukan. bukan sekadar pada saat penting, sebaliknya 'everyday stuff' juga. tapi tak semua kawan yang sanggup buat macam tu kan?
4) cemburu
banyak emosi yang boleh terjadi antara kita dan sahabat. BF atau GF kita boleh mempunyai kawan baik, jadi normallah kalau kawan kita tu punyai sahabat lain selain kita. tentu kita taknak mempunyai kawan yang cepat merajuk dan cemburu setiap kali kita 'hangout' dengan kawan lain selain daripadanyakan ? so, fikirfikirkan lah.
5) terlalu kompetitif
kompetitif tidak selamanya elok. kita seharusnya bahagia untuk kawan yang disayangi. wish them all the best. berikan nasihat atau pendapat yang terbaik dan 'be there to catch them if they fall'. memang wajar jika kita mengharapkan perkara yang sama. persahabatan bukanlah persaingan untuk mengejar populariti dan sebagainya.
6) tidak menghargai
persahabatan tidak terjadi satu arah. jadi pastikan hargai segala perkara yang telah kawan kita lakukan dan buatlah juga perkara yang sama selagi mana terdaya. 'you can't take and take, sometimes you have to give too' satu hal lagi, setiap orang punya fikiran dan hidup sendiri. jadi, jangan cepat ambil hati jika dia enggan menuruti segala nasihat kita terutama berkaitan dengan hal BFnya. remember, that's her relationship not yours.
7) menolak untuk berubah
persahabatan yang sudah terjalin lama pasti akan mengalami perubahan. tidak selamanya kita berumur 17 tahun, 18 atau 19 tahun atau sebagainya kan. suatu masa nanti cepat atau lambat, pelajaran , family, karier, perkahwinan dan anak akan jadi perkara yang 'natural' dan bukan lagi 'masa depan'. kita kena faham jika kita tidak boleh bertemu sekerap dulu lagi bukan bermakna kita harus berhenti berkawan. sekalipun sampai suatu saat itu nanti, kawan kita yang akan terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan kita masih menyandang status 'single' dan masih tidak mempunyai rancangan untuk mengubahnya dalam waktu terdekat. ini adalah perkara yang harus kita fikirkan. 'you have to deal with her new life and she has to fine a way to fit you in it'.
semoga kita boleh menjadi kawan baik yang baik untuk selama selamanya :)
________________________________________________________________________________
lots of love : BIELA BELLA
________________________________________________________________________________