muzik baik untuk jantung
satu kajian telah dilakukan ke atas 24 orang lelaki dan wanita oleh sekumpulan pengkaji dari itali dan british. menerusi kajian itu, mereka diperdengarkan dengan enam jenis muzik berbeza. sambil mereka dengar, kadar degupan jantung, tekanan darah dan penafasan mereka diawasi. sepanjang muzik itu dialunkan, degup jantung dan kadar penafasan meningkat secara normal dan saat muzik berhenti, tekanan darah juga menunjukkan tahap optima yang memberangsangkan. dengarlah muzik untuk kebaikkan jantung :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________
haba atau ais ?
apabila mengalami kecederaan atau kesakitan pada sendi. cara yang terbaik untuk mengatasinya adalah menggunakan ais bukan haba. ais boleh dipilih sebagai rawatan dalam masa 48 jam selepas tercedera. sebab utama ialah apabila meletakkan ais pada salur darah yang menegang, ia mengurangkan rasa sakit dan bengkak. manakala haba akan melakukan yang sebaliknya. inilah sebab ais lebih baik :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________
cubalah untuk bertenang
bertenang adalah strategi mengawal kemarahan yang paling baik. marah biasanya akan berkurangan apabila seseorang itu menenangkan dirinya. bertenang boleh diperolehi dengan cara menarik nafas dalam dalam. memikirkan imej yang menenangkan dan juga cuba untuk melakukan senaman. seseorang itu perlu bernafas dari diafragma untuk rehat. inilah yang menyebabkan minda untuk pergi ke fasa yang tenang. ramai yang mencuba cara ini dan telah berjaya membuktikan ketenangan adalah cara terbaik untuk mengawal kemarahan :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________
kebaikan cahaya matahari
selalunya kita asyik mengatakan tentang keburukan cahaya matahari pada tubuh. tidak dinafikan cahaya matahari hari ini boleh menyebabkan kanser kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit putih tetapi pendedahan pada cahaya matahari yang dibataskan sebenarnya ada kebaikannya pada kulit. cahaya matahari membekalkan vitamin D untuk tubuh dan pendedahan yang tepat pada waktunya akan memberikan vitamin ini. selain membiarkan tubuh disimbah cahaya terbaik ini, kita boleh melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan dan berkebun :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________
mengapa minum alkohol tidak baik ?
jika kita minum alkohol dalam tempoh masa yang lama, ia mampu mengurangkan kekuatan, daya tahan, kebolehan aerobik, masa penyembuhan, kebolehan untuk metabolisme lemak dan juga membataskan perkembangan otot. jika kita minum secara konsisten, ia akan menyebabkan kegagalan sistem saraf. walaupun kita meminumnya secara jarang jarang, ia masih membawa kerosakan pada kekuatan dan juga saraf kita. begitulah teruknya penangan alkohol dan jangan sekali kali untuk meminumnya :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________