7 DIET MAKANAN TAHAN LAPAR
IKAN
IKAN
ikan seperti salmon, tuna, makerel mengandungi asid lemak omega-3 yang mampu menurunkan kolestrol dan mempercepatkan metabolisme. asid lemak omega-3 mampu mempengaruhi metabolisme dan menentukan sama ada ia membakar kalori atau menyimpannya sebagai lemak. sediaan dengan cara memanggang atau mengukus adalah terbaik.
BUAH-BUAHAN SITRUS
buah-buahan seperti lemon, limau dan tomato yang mengandungi vitamin-C serta serat membantu proses hapus lemak dengan lebih cepat. buah sitrus mengandungi kandungan air yang tinggi sekitar 50 hingga 75 kal yang boleh membuat rasa kenyang untuk jangka waktu lebih lama.
SAYUR HIJAU
bayam, asparagus dan brokoli memiliki kesan termal yang tinggi pada tubuh dan tentunya rendah kalori. serat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral yang memberi rasa kenyang.
BERTIH JAGUNG
menguyah bertih jagung memberi rasa kenyang yang ketara. ia membuat korang akan berhenti mengambil makanan lain tetapi AWAS, bukan bertih jagung yang bercampur dengan karamel atau perisa lain.
KACANG
merupakan sumber serat dan protein yang baik. kacang mengambil masa yang lama untuk dicerna. disebabkan tu, kita akan merasa kenyang untuk tempoh yang lama berbanding nutrisi lain.
SUSU RENDAH LEMAK
susu, yogurt dan keju rendah lemak adalah sumber kalsium yang baik. kalsium membantu sel-sel lemak yang ada dalam tubuh. kalsium menghasilkan calcitrol, sejenis hormon yang menyimpan lemak baik untuk tahan lapar.
EPAL
buah epal sering dijadikan sebagai pengganti makanan untuk individu yang berdiet kerana setiap sebiji epal mengandungi kadar air dan serat yang cukup tinggi. ia akan membantu memberi rasa kenyang selepas memakannya. manakala pada kulitnya pula terdapat kandungan serat larut bernama pektin. ia dapat membantu menahan nafsu makan secara semulajadi.
__________________________________________________________________________________
lots of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________________
 








