rasanya tak ramai yang tahu bila hari sahabatkan? sini aku bagi tahu korang, hari sahabat jatuh pada ogos1 sebenarnya :)
sahabat antara orang yang paling penting dalam hidup kita dan boleh diibaratkan sebagai cermin kerana sahabat adalah tempat terbaik untuk kita merefleksikan diri kita sendiri. melalui sahabat juga kita boleh mengenal diri kita sendiri, baik dan buruk serta mampu membuatkan kita bahagia. sahabat juga turut memberikan kita motivasi hidup. tapi kita mesti pandai pilih dan bezakan mana satu sahabat yang baik dan mana satu sahabat yang tak baik sebab kalau kita tersalah pilih kita akan tersesat jalan. semua orang dalam dunia ni mesti mempunyai sahabat walaupun seorang, tak kira lah sahabat biasa atau sahabat baik. hidup kita mesti akan terasa sunyi kalau tidak punyai sahabat kan? so hargai la dan sayangi sahabat kita. jangan la kita kecewa kan mereka :)
__________________________________________________________________________
lot of love : BIELA BELLA
__________________________________________________________________________
 


